ARTIKEL

Pemain Terengganu FC Muhammad Safawi Rasid (dua, kanan) diasak pemain Preah Khan Reach Svay Rieng FC Saret Krya (kiri) pada perlawanan Shopee Cup di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. Keputusan semasa Terengganu FC (TFC) 2-3 Preah Khan Reach Svay Rieng FC (PKR).

Piala Shopee: Terengganu FC mula langkah kiri, tewas 2-3 kepada Svay Rieng FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) membuka aksi pertama Kumpulan A saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 di tangan kelab Kemboja, Svay Rieng FC.

Pasukan pelawat bermula garang apabila melancarkan serangan seawal minit pertama untuk meledak gol pembukaan hasil tendangan leret penyerang import kelahiran Brazil, Gabriel Costa pada minit ke-12.

Berselang tiga minit gawang tuan rumah bocor lagi, kali ini hasil rembatan penyerang import, Pablo Augusto yang sempat menyambar bola muntah diselamatkan penjaga gol, Suhaimi Husin untuk jaringan gol kedua Svay Rieng FC.

Mendahului 2-0, skuad kendalian Jose Munoz itu semakin rancak melancarkan serangan bagi menyempurnakan misi membawa pulang tiga mata ke Kemboja.

Serangan bertalu-talu Svay Rieng FC hampir merobek jaring TFC pada minit ke-30, namun percubaan Costa terkena palang gol.

Ketinggalan 2-0, skuad TFC yang diketuai Muhammad Safawi Rasid mengatur kembali rentak pada babak kedua permainan dan berjaya menghasilkan gol pertama menerusi Manuel Ott pada minit ke-55 untuk merapatkan kedudukan 1-2.

Bagaimanapun, kegembiraan lebih 5,000 penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila Min Ratanak meledak gol ketiga Svay Rieng FC pada minit ke-86 untuk kembali menjarakkan kedudukan 3-1.

Pada minit ke-90, TFC berhasil menjaringkan gol kedua hasil sepakan percuma yang disempurnakan Safawi Rasid, namun gol tersebut tidak mampu menahan Svay Rieng FC untuk mengutip tiga mata berharga dengan keputusan 3-2. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau