ARTIKEL

Piala Sudirman: Kemaraan Malaysia di peringkat akhir disekat Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad badminton negara untuk beraksi kali pertama di pentas final Piala Sudirman tidak kesampaian apabila dikecewakan Korea Selatan 1-3 pada aksi separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Suzhou, China semalam.

Paling menghampakan apabila beregu lelaki utama negara yang menduduki rangking kedua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diharap dapat menyamakan kedudukan ketika kem badminton negara ketinggalan 1-2, tewas mengejut kepada pasangan Korea, Kim Won Ho-Na Sung Seung   12-21, 11-21.

Suasana di venue pertandingan yang riuh dengan sorakan padu penyokong Malaysia gagal untuk membangkitkan semangat Aaron-Wooi Yik bagi menyumbang kutipan mata untuk kem Malaysia.

Ia sekali gus memberikan kemenangan 3-1 kepada Korea Selatan dan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan hanya membawa pulang pingat gangsa dalam kejohanan yang diadakan sejak 1989.

Pencapaian itu mengulangi rekod pencapaian terbaik yang pernah dicatat sebelum ini apabila skuad badminton negara mara ke separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Sebelum itu, Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila beregu campuran negara iaitu juara Orleans  Masters tahun ini Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas  21-11, 13-21, 7-21 kepada pasangan nombor lima dunia Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.

Namun pemain perseorangan utama lelaki negara  Lee Zii Jia kembali memberikan harapan kepada peminat badminton negara apabila menunjukkan aksi cemerlang dengan menundukkan mudah Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-9 dalam perlawanan yang hanya berlangsung 35 minit.

Pemain perseorangan wanita negara K Letshanaa yang diharap dapat membuat kejutan, terpaksa akur dengan kehebatan pemain perseorangan wanita kedua dunia An Se Young   10-21, 13-21.

Meskipun perjuangan skuad negara terhenti di tangan Korea Selatan, Malaysia hakikatnya telah menepati sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang meletakkan negara layak ke separuh akhir.

Kali terakhir skuad negara mengatasi Korea Selatan adalah pada 2015 apabila menang pada peringkat Kumpulan D 3-2, namun tumpas pada peringkat suku akhir dengan pasukan sama 3-1. 

Minggu depan skuad negara bakal beraksi di Kejohanan  Malaysia Masters 2023. – BERNAMA

 

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah