ARTIKEL

Pilih 50 pelajar terbaik untuk program STEM50

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 364 pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka telah menghadiri peperiksaan Diagnostik untuk kelayakan ke program STEM50 kohort kedua yang akan dijadualkan bermula Jun depan.

Pengerusi Sekretariat Pendidikan STEM dan Kemahiran Profesional (STEMPro) DUN Nangka Abang Fairul Syarmil Abang Mohamad berkata, tiga buah sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, SMK Kampung Nangka dan SMK Jalan Oya.

“Peperiksaan ini adalah untuk memilih 50 orang pelajar terbaik dari setiap sekolah untuk menjadi peserta Program STEM50.

“Setiap pelajar akan menjalani empat kertas ujian iaitu Matematik Kertas Satu dan Dua dan Sains Kertas Satu dan Dua,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Syarmil, setiap pelajar diberi masa satu jam untuk menjawab setiap kertas soalan yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Bahagian Sibu.

Program STEM50 yang melibatkan seramai 150 pelajar Tingkatan Satu ini, jelas beliau, adalah satu usaha memupuk menarik minat lebih ramai pelajar memasuki aliran Sains apabila melangkah ke Tingkatan Empat nanti.

“Program STEM50 ini adalah kerjasama Pusat Khidmat N55 Nangka, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan disokong oleh Yayasan Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Bagi pelajar terpilih kelak, mereka akan diberikan pengalaman menyertai program intensif yang dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu kelas tambahan, aktiviti STEM, kuiz penilaian dan lawatan sambil belajar,” ujarnya.

Beliau mengatakan program ini akan berjalan sepanjang tahun dengan aktiviti STEM akan turut disokong oleh beberapa agensi antaranya Sibu Digital Innovation Hub, Pustaka Negeri Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

“Ketiga-tiga agensi ini akan membantu melaksanakan aktiviti STEM seperti penggunaan pencetak 3D, pengenalan kemahiran pengaturcaraan komputer selain turut diberikan akses untuk menggunakan pelbagai peralatan Sains dan Teknologi yang ada di UTS,” dedah Syarmil.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU