ARTIKEL

Pilihan raya tidak perlu, mudaratkan rakyat – Musa Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya adalah tidak perlu dan membuang masa dan wang serta memudaratkan nyawa rakyat ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19.

Mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membubarkan DUN hari ini, Musa berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman itu dan mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 65 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu tanpa perlu melalui proses pilihan raya.

“Kita akan merayu kepada Yang Dipertua Negeri (Tun Juhar Mahiruddin), kalau boleh, agar dewan (DUN) tidak dibubarkan.

“Dulu pernah ada majoriti mudah, kerajaan boleh (ditubuhkan) berjalan juga…kita tidak perlu pilihan raya lagi sedangkan ada tiga tahun lagi untuk Pilihan Raya Umum seterusnya,” katanya pada sidang media khas di kediamannya, di sini, hari ini.

Menurut Musa, satu surat yang menjelaskan beliau mempunyai sokongan 33 ADUN daripada pelbagai parti itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri melalui peguamnya.

“Ini adalah kali kedua saya dianiaya…pertama kali saya dipecat sebagai ketua menteri.

“Saya percaya satu keputusan bijak dan wajar akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Musa menjelaskan alasan ADUN daripada Parti Warisan Sabah, yang dipimpin oleh Mohd Shafie, membuat keputusan kembali menyokong beliau kerana keadaan kerajaan negeri hari ini tidak sehaluan dengan kerajaan pusat.

Katanya, ADUN berkenaan melihat hubungan rapat kerajaan negeri dengan pusat adalah penting bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat berjalan lancar.

“Tetapi sekiranya benar DUN telahpun dibubarkan, saya dengan suci hati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat negeri Sabah satu kerajaan baharu yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” tegas Musa.

Kesemua 33 ADUN yang menyokong Musa hadir pada sidang media tersebut dan melaungkan “Hidup Tan Sri” selepas acara itu selesai.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan