ARTIKEL

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming | Bernama

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025, yang bertujuan untuk memasukkan peruntukan bagi pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela, telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang membentangkan RUU tersebut, berkata bacaan kedua akan dibuat pada sidang kali ini.

Rang undang-undang yang bertujuan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) ini juga mengandungi peruntukan untuk pendaftaran perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, individu kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar, serta kelengkapan dan pemasangan keselamatan kebakaran.

Selain itu, menerusi RUU ini, Akta 341 dicadangkan dipinda dengan memasukkan Seksyen baharu 50A yang berkaitan dengan penyamaran sebagai Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, dan Pegawai Bomba Sukarela.

Menurut RUU ini, individu yang berpura-pura menjadi Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, atau Pegawai Bomba Sukarela, serta menyalahgunakan nama, logo, tanda khas, atau apa-apa tanda lain yang berkaitan dengan bomba, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)