ARTIKEL

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abdul Halim

PKR lantik Adam Adli memangku pengerusi MPN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abd Halim, akan memangku tugas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, menerusi satu kenyataan semalam.

“Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal,” katanya.

Pada 5 Dis lepas, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar, 50, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sehari sebelumnya atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03, yang juga melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Pada November lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dengan alasan adanya cubaan menyerangnya melalui perkara yang boleh menjatuhkan imej Kerajaan MADANI.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU