ARTIKEL

Platina Jazz satukan anime, jaz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUMPULAN muzik dari Sweden, Platina Jazz, membawa kelainan dalam industri muzik antarabangsa apabila mengetengahkan runut bunyi animasi Jepun atau anime menerusi susunan muzik jaz yang segar dan kreatif.

Pendekatan itu bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu yang sudah dikenali peminat anime, malah membuka ruang kepada pendengar jazz untuk menikmati karya berkenaan daripada perspektif muzik yang berbeza.

Platina Jazz yang menggabungkan kepakaran pemuzik Sweden, komposisi muzik Jepun dan tradisi jaz Amerika membuktikan muzik mampu merentasi sempadan budaya, bahasa serta geografi.

Projek berkenaan tercetus daripada idea untuk menerapkan pendekatan jaz yang menekankan pentafsiran semula karya sedia ada dalam muzik anime.

Berbekalkan pengalaman dalam bidang jazz serta pelibatan dalam industri muzik Jepun, kumpulan itu melihat potensi besar untuk mengolah lagu anime menjadi karya muzik yang mempunyai identiti tersendiri, bukannya sekadar persembahan yang menawarkan kelainan.

Sejak diperkenalkan lebih daripada 15 tahun lalu, Platina Jazz menghasilkan enam album dan terus meneroka kemungkinan baharu dalam penghasilan susunan muzik.

Menurut kumpulan itu, pemilihan lagu bukan sahaja berdasarkan populariti sesebuah karya, malah turut mengambil kira kekuatan melodi, harmoni dan unsur emosi yang dapat dikembangkan menerusi pendekatan jaz.

Dalam proses pengolahan muzik, melodi asal serta elemen yang mudah dikenali dikekalkan, manakala aspek rentak, tempo, penggunaan instrumen dan suasana muzik diubah mengikut kreativiti pemuzik.

Antara contoh ketara ialah pentafsiran semula lagu Crimson Bow and Arrow daripada anime Attack on Titan yang asalnya mempunyai susunan muzik dramatik dan bertenaga.

Bagaimanapun, Platina Jazz mengolahnya menjadi susunan muzik jaz yang lebih elegan dengan pengaruh muzik yang mengingatkan pendengar akan gaya pemain gitar terkenal Pat Metheny.

Kumpulan itu turut menitikberatkan keseimbangan antara improvisasi dengan struktur muzik bagi memastikan setiap karya mempunyai identiti tersendiri.

Pendekatan berkenaan membolehkan mereka menarik perhatian dua golongan pendengar, iaitu peminat anime yang mengenali lagu asal dan peminat jaz yang ingin meneroka pengalaman muzik baharu.

Menariknya, pendengar tidak semestinya memahami anime atau mempunyai pengetahuan mendalam tentang jaz untuk menghayati karya yang dipersembahkan.

Keunikan itu selari dengan tema Festival Jazz Borneo 2026, Beyond Jazz, yang menggalakkan penerokaan muzik melangkaui batas genre konvensional.

Bagi Platina Jazz, keterbukaan terhadap pengaruh muzik yang berbeza sememangnya menjadi sebahagian daripada sejarah perkembangan jaz yang sentiasa menerima, mengolah dan mentafsir pelbagai tradisi muzik.

Pada masa hadapan, kumpulan itu berhasrat meneruskan penerokaan susunan muzik baharu, termasuk kemungkinan menghasilkan lebih banyak komposisi asli.

Mereka mahu membiarkan projek itu berkembang secara semula jadi tanpa mengetepikan identiti kreatif yang menjadi asas penubuhannya. 

BERITA LAIN

ALEYSHA lancar video muzik sulung

Penyanyi muda kelahiran Sarawak, Aleysha Shareef Van Der Horst, terus mengorak langkah dalam industri muzik antarabangsa apabila melancarkan video muzik rasmi bagi single sulung berbahasa

MARAPATI: Gabungan Teater, Sinematik

KUCHING: Gabungan lakonan secara langsung dan paparan sinematik menerusi konsep Hibrid Teater Sinematik menjadi keunikan utama Muzikal Teater Marapati yang bakal dipentaskan pada 4 Disember

BERITA TERBARU

Lombong emas haram ragut tiga nyawa

JAKARTA: Tiga orang ditemukan maut manakala 23 lagi dipercayai masih terperangkap selepas hujan lebat menyebabkan terowong lombong emas haram ditenggelami air di wilayah Jawa Barat,

Nepal isytihar mangsa hilang

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal memaklumkan pada Khamis bahawa negara itu telah memulakan proses untuk mengisytiharkan secara sah kematian ribuan orang yang masih hilang susulan bencana