ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga,kanan) melancarkan Dasar Pembangunaan Bakat Perkhidmatan Awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-20 "Perkhidmatan Awam MADANI" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. | Bernama

PM Anwar Hargai Sumbangan, Pengorbanan Warga Perkhidmatan Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh warga perkhidmatan awam kerana dedikasi mereka melaksanakan tugas meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri serta semua pegawai dan kakitangan kerajaan atas sumbangan mereka.

“Saya ingin mengulangi secara ikhlas penghargaan kami kepada saudara-saudara kerana negara kita tidak akan diiktiraf dan mencatat beberapa kejayaan tanpa sumbangan, pengorbanan dan khidmat cemerlang saudara-saudara.

“Terima kasih banyak,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama INTAN di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan barisan ketua setiausaha kementerian turut menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.

Mengenai MAPPA XX, Anwar berkata himpunan itu mendapat sokongan baik Jemaah Menteri sekali gus menunjukkan wujud hubungan baik pimpinan negara dan perkhidmatan awam.

“Jarang sekali kita lihat ada pertemuan yang didukung sepenuhnya oleh pimpinan negara.

Ini menunjukkan ada sinergi yang baik antara pimpinan negara dan penjawat awam,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh perkhidmatan awam termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) serta peruntukan dana bagi memperkasakan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan penjawat awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan