SINGAPURA: Kenyataan Pejabat Perdana Menteri Singapura hari ini mengumumkan Lee Hsien Loong menyerahkan jawatan kepada Timbalannya Lawrence Wong pada 15 Mei depan.
Kenyataan itu menyebut perdana menteri baharu mengangkat sumpah pada 8 malam, 15 Mei depan di Istana.
Wong dikatakan mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen PAP.






