ARTIKEL

ACP S. Vijaya Rao | Bernama

Polis jejaki suspek kes khianat bakar dua kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan membakar dua kenderaan milik seorang pengimpal di sebuah kawasan perumahan di Kapar, Klang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian pada 12.12 tengah malam itu, mangsa berusia 55 tahun menyedari kejadian berkenaan selepas terdengar bunyi letupan sebelum mendapati keretanya dijilat api.

“Api bagaimanapun berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan jiran. Kejadian ini mengakibatkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan akibat terbakar sebanyak 30 peratus.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati empat lelaki menaiki dua motosikal telah memecahkan cermin kenderaan dan menyimbah petrol sebelum membakar kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Vijaya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, selain mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tular di media sosial rakaman CCTV berdurasi 57 saat yang memaparkan empat individu bertopi keledar dan memakai pelitup muka bertindak mencurah petrol ke atas dua kenderaan di hadapan sebuah kediaman sebelum membakar kenderaan terbabit. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke