ARTIKEL

Polis rakam keterangan guru wanita atas dakwaan terbabit kes cabul pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata rakaman percakapan guru berumur 37 tahun terbabit dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, Ahad.

“Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Beliau berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya.
Wan Kamarul Azran berkata mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis menerima laporan pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis Sarawak sedia hadapi banjir dan PRU Sarawak ke-13

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli