ARTIKEL

Polis rempuh kereta lelaki pandu lawan arus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YouTube player

KUCHING: Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah bertindak melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) di Batu 11 Jalan Kuching-Serian dengan memandu kenderaannya secara melawan arus menghala ke Siburan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang membabitkan suspek lelaki berasal daripada Melaka berusia 29 tahun yang memandu kenderaan jenis Honda City.

Menurutnya, suspek pada awalnya berjaya dikepung anggota peronda MPV di tepi pembahagi tengah jalan berhampiran lampu isyarat Batu 12 Jalan Kuching-Serian namun bertindak melarikan diri dengan memandu secara melawan arus.

“Kenderaan terbabit telah melanggar beberapa buah kenderaan peronda menyebabkan kerosakan pada bahagian bumper hadapan, bonet hadapan dan bahagian enjin.

“Seterusnya suspek sekali lagi melarikan diri sehingga hampir terlanggar salah seorang pegawai kita dan berlaku kejar mengejar dalam keadaan melawan arus trafik,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, ketika kejadian kenderaan dipandu suspek tiba-tiba terbabas setelah melanggar sebuah kenderaan jenis Viva di bulatan 13, Jalan Kuching Serian.

Jelasnya, suspek yang masih enggan menyerah diri cuba bertindak agresif namun akhirnya berjaya ditahan oleh polis.

Tambahnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut.

Dedah Aidil, hasil keputusan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Turut dirampas kenderaan milik suspek serta sebuah bungkusan kecil dadah di bawah tempat pemandu hasil pemeriksaan polis didalam kereta terbabit, tambahnya lagi.

Tegas Aidil, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian 2020) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, suspek direman serta-merta pada 28 Mac 2020 (hari ini).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan