ARTIKEL

Pihak polis membawa mayat mangsa ke jeti sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pengecaman.

Polis sahkan mayat Mohamed Hanafi ditemui di baraj Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengesahkan lelaki yang ditemui lemas di kawasan baraj Kuching, di sini hari ini adalah Mohamed Hanafi Mohd Nassir yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihak polis dari Balai Polis Bintawa, Kuching menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat terapung di lokasi kejadian sekitar jam 8.40 pagi.

“Pada jam 12 tengah hari, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Kuching telah menemui mayat lelaki lelaki tanpa identiti di Sungai Bintawa, Kuching dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi tujuan pengecaman mayat oleh pihak keluarga mangsa

“Pihak polis IPD Padawan mengesahkan mayat lelaki tanpa identiti tersebut adalah Mohamed Hanafi Mohd Nassir, 35 tahun, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu di Taman Malihah, Jalan Matang/ Batu Kawa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) oleh Balai Polis Gita, Kuching.

Baca lain  Hampir semua sekolah di Sibu ditutup akibat jerebu

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Pihak PDRM IPD Padawan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,