ARTIKEL

Polis Saratok tahan suspek curi motosikal, rampas barang curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Sebuah motosikal Yamaha LC dimasukkan ke dalam ruang belakang sebuah kereta Perodua Axia dalam kes curi di perhentian bas Simpang Krian pada 30 September lalu.

Semalam (Isnin), polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan di sebuah ladang sawit di Awik.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan bahawa suspek berusia 34 tahun itu turut didapati positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

“Bertindak atas maklumat, pada Isnin, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok telah menangkap suspek di ladang sawit Awik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mengambil motosikal Yamaha LC berkenaan bersama dua lagi rakannya pada 30 September lalu.

Katanya, motosikal itu dimasukkan ke dalam ruang belakang Perodua Axia milik rakannya yang juga suspek sebelum dibawa ke sebuah rumah di Nanga Atoi.

“Motosikal itu disimpan di ruang dapur,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek disiasat lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, selain polis turut merampas barang curi yang ditemui.

Seorang lagi suspek dalam kes berkenaan ditahan lebih awal dan kini direman di Penjara Pusat Sri Aman berhubung kesalahan yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Suspek itu turut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes curi getah skrap di Depo RISDA Ulu Awik yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pengadu, seorang buruh lelaki berusia 52 tahun, meninggalkan motosikal Yamaha LC miliknya di perhentian bas Simpang Krian selepas motosikal itu mengalami kerosakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KAJAS 12 julang Piala Mas Gading

KUCHING: KAJAS 12 muncul juara Sepak Takraw Piala Mas Gading Bau 2026 selepas menewaskan ATC A 15-7, 15-10 dalam perlawanan final di Sekolah Jenis Kebangsaan