ARTIKEL

Polis Siasat Lelaki Serah Diri Selepas Bunuh Isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Polis menjalankan siasatan lanjut selepas seorang lelaki menyerah diri hari ini dan mengaku membunuh isterinya empat hari lepas di Seberang Jaya, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis dan memaklumkan isterinya telah meninggal dunia di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna di sini.

Pemeriksaan polis menemukan mayat wanita berusia 44 tahun di sebuah bilik di rumah itu dengan kesan luka pada leher dipercayai disebabkan senjata tajam.

Mangsa yang merupakan ibu tunggal kepada lima anak berkahwin dengan suspek dua tahun lepas. – BERNAMA

BERITA LAIN

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum