ARTIKEL

Polis siasat majlis perkahwinan Neelofa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap majlis perkahwinan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya akan memanggil penganjur majlis berkenaan dan pemilik hotel dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Hasil siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan, selain tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat diijabkabul dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.- Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SIDC perluas pengawasan penyakit ke Kapit, Ulu Gedong

GEDONG: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) merancang memperluaskan program pengawasan penyakit ke Kapit dan Zon Ulu Gedong bagi melengkapkan liputan pemantauan kesihatan di Daerah Gedong.