ARTIKEL

Polis Tahan Lelaki Warga Asing Gaduh, Korek Mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TASEK GELUGOR: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek keluar, dalam kejadian di Jalan Ara Kuda di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan pergaduhan pada kira-kira 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal lelaki berumur 52 tahun itu dikatakan menganggu suspek, sebelum lelaki warga asing berkenaan bertindak memukul dan mencederakan kedua-dua belah matanya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan keadaannya kritikal, manakala suspek yang ditahan di lokasi kejadian, kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan