ARTIKEL

Supt Sharudin Abdul Wahab

Polis Tahan Penjawat Awam Miliki Senjata Api, Dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BERANG: Seorang penjawat awam ditahan selepas didapati memiliki senjata api dan dadah dalam satu rondaan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 10 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 6.20 petang di tepi jalan Kampung Tok Lawit dekat sini.

“Ketika membuat rondaan di sekitar Kampung Tok Lawit, polis telah menahan sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

“Bagaimanapun, tingkah laku suspek yang mencurigakan membawa kepada pemeriksaan lanjut yang menemukan pistol, kerambit, gari dan plastik disyaki mengandungi dadah dalam kereta itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata saringan air kencing mendapati suspek, yang berasal dari Kelantan, positif dadah jenis metamfetamina selain memiliki rekod jenayah berkaitan kes narkotik, dan siasatan awal mendedahkan dia memperoleh senjata api itu daripada seorang lelaki di Jeli.

Sharudin berkata polis masih menyiasat kegunaan senjata api itu dan reman suspek disambung lima hari membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Siasatan turut melibatkan Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan