ARTIKEL

Supt Nixon bersama pegawai kanan PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu meninjau keadaan di PPS Dewan Suarah Bintulu.

Polis tingkat rondaan, pantau situasi banjir di Bintulu dan Sebauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Bintulu meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan cuaca buruk yang menjejaskan beberapa kawasan di Bintulu dan Sebauh.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihaknya telah menggerakkan beberapa pasukan bagi memantau kawasan hitam banjir termasuk kawasan perumahan, jalan utama serta kawasan rendah yang mudah dinaiki air.

Beliau berkata demikian ketika meninjau beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Bintulu dan Sebauh hari ini bagi melihat sendiri situasi banjir serta keadaan mangsa yang dipindahkan.

“PDRM sentiasa bersiap sedia untuk membantu pemindahan penduduk sekiranya diperlukan, di samping memastikan kelancaran trafik dan keselamatan awam di kawasan terjejas,” katanya.

Menurutnya, pihak polis turut memperkukuh rondaan keselamatan di sekitar PPS bagi mencegah jenayah, sekaligus memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Selain itu, beliau menegaskan PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan pengurusan PPS berjalan lancar.

Mengulas lanjut, Nixon menyatakan keadaan banjir di Bintulu setakat ini masih terkawal, berbeza dengan situasi di Sebauh yang lebih serius dan memerlukan pemindahan penduduk yang lebih aktif ke kawasan selamat.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa, tidak kembali ke kediaman di kawasan berisiko, serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca dan paras air yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Supt Nixon Joshua Ali.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan