ARTIKEL

Gambar Hiasan Foto: Bernama

Positif tangani obesiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MASALAH obesiti bukan asing lagi di negara kita.

Hampir semua keluarga di negera kita mempunyai ahli keluarga yang obes.

Kini, obesiti di Malaysia meningkat dengan kadar yang tinggi iaitu 16.8 juta bersamaan dengan 60 peratus daripada 28 juta penduduk.

Kejadiaan ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang, ditambah pula dengan tidak suka bersenam.

Obesiti ialah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar di Malaysia.

Obesiti juga dikaitkan dengan lebih 200 penyakit kronik lain termasuk kardiovaskular, kencing manis, muskuloskeletal dan barah.

Selain itu, ia meningkatkan risiko kencing manis jenis dua sebanyak tujuh kali ganda bagi lelaki dan 12 kali ganda bagi perempuan.

Ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu dan komuniti, malah turut mengakibatkan implikasi lebih besar kepada sistem kesihatan serta ekonomi.

Kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia turut meningkat pada kadar yang membimbangkan dengan 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun mengalami berat badan berlebihan (15.0 peratus) atau obes (14.8 peratus).

Keadaan ini memberikan kesan lebih besar kepada kanak-kanak, komuniti berdekatan dan sistem kesihatan secara umumnya.

Ini disebabkan risiko mereka untuk menghidap penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kencing manis pada usia muda adalah lebih tinggi.

Selain itu, terdapat juga impak sosial dan perkembangan negatif kepada kanak-kanak yang mengalami obesiti seperti pencapaian akademik rendah dan keyakinan diri lebih rendah akibat dibuli.

Menangani masalah obesiti adalah perkara yang rumit.

Obesiti adalah perkara yang diketahui dan diakui hampir semua orang.

Namun, ramai yang berasa lebih selesa untuk menafikan atau mengabaikan perkara itu.

Banyak tindakan dilakukan untuk menangani obesiti dari segi pemakanan.

Namun, terdapat kerumitan dari segi penjagaan kesihatan dan pengurusan oleh individu yang mengalami obesiti.

Pengurusan klinikal obesiti di Malaysia tidak mencukupi untuk menangani pelbagai aspek berkaitan obesiti.

Apabila individu obes mengambil langkah mendapatkan rawatan, mereka diberikan terapi yang merangkumi diet dan senaman, ubat, rawatan tak invasif dan pembedahan.

Bagaimanapun, hospital awam yang menawarkan perkhidmatan berkaitan obesiti adalah terhad. Akibatnya, pesakit tidak mendapat penjagaan menyeluruh untuk menguruskan dan penjagaan obesiti yang berkesan.

Tentu sukar untuk kita melakukan aktiviti harian seperti mengikat tali kasut, bongkok, mengambil barang jatuh dan sebagainya apabila obesiti

. Walaupun sukar, kita tidak boleh mengalah begitu saja, kerana masalah obesiti ini adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit. 

Jangan putus asa untuk bersenam dan makan makanan yang sihat.

Mesti mempunyai fikiran yang positif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan