ARTIKEL

Potensi ekonomi sabun buatan tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Program latihan ‘Asas Pembuatan Sabun Semula Jadi dan Pemasaran Digital’ memberi peluang kepada suri rumah untuk meningkatkan kemahiran serta potensi pendapatan.

Program dianjurkan di Event Digital Hub, Sri Aman secara percuma baru-baru ini, direka khusus untuk suri rumah yang tidak bekerja. Ia bertujuan memperkasa kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan dan pemasaran produk secara digital.

Program ini diterajui oleh Ketua Projek, Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Siti Kudnie Sahari yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Inovasi di Ahli Teknologi dan Juruteknik Sarawak (APTT), penyelidik Institut Tenaga Mampan dan Boleh Diperbaharui (ISURE).

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, program percuma ini dibiayai geran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Kementerian Kebajikan, Wanita dan Keluarga (KKWPK).

“Program ini dianjurkan oleh persatuan APTT dengan kerjasama pensyarah dan pelajar UNIMAS.

“Ia memperkenalkan konsep kejuruteraan hijau dalam pembuatan sabun sebagai pendekatan yang mampan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Dalam usaha ke arah pelibatan komuniti, Dr. Siti Kudnie turut menyediakan buku panduan dalam bahasa Melayu dan Iban, menjadikannya lebih mudah diakses.

Buku tersebut ujarnya, berfungsi sebagai panduan menyeluruh peserta, membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk menghasilkan produk sabun semula jadi.

Setiap peserta turut diberikan kit pembuatan sabun untuk membantu mereka memulakan perniagaan dari rumah dan menerapkan ilmu yang dipelajari secara langsung.

“Sejajar dengan aspirasi agenda Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030), matlamat utama program ini adalah untuk memperkukuh keusahawanan tempatan melalui pembuatan sabun mesra alam dan pemasaran digital.

“Kejuruteraan hijau menyokong visi PCDS 2030 untuk pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Kami berharap dapat membekalkan peserta bukan sahaja kemahiran asas pembuatan sabun, tetapi juga pengetahuan dalam menggunakan bahan semula jadi dan mesra alam,” kata Dr. Siti Kudnie.

Sementara itu, segmen pemasaran digital dikendalikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UNIMAS, Dr. Nur Auni Ugong.

Beliau berkongsi strategi pemasaran dalam talian, termasuk penggunaan platform media sosial untuk mpromosikan produk.

Kemahiran ini penting untuk memperluas jangkauan pasaran dan meningkatkan daya saing produk tempatan.

Katanya, inisiatif ini juga selari dengan visi dan misi UNIMAS untuk aktif memperkasa komuniti melalui pendidikan dan inovasi.

“Kerjasama ini dijangka dapat memupuk usahawan mikro yang berdaya tahan serta menginspirasi lebih ramai wanita untuk mencapai kemerdekaan ekonomi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi Sarawak,” jelas beliau.

Selain pembuatan sabun semula jadi, sesi pemasaran digital memberikan peserta kemahiran praktikal dalam memanfaatkan platform digital untuk memperkenalkan produk mereka dengan lebih luas.

Program ini juga dijangka dapat menginspirasi komuniti Sri Aman dan kawasan sekitarnya untuk terlibat dalam inisiatif pembangunan komuniti yang bermakna.

Dengan ini, UNIMAS terus komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti tempatan, sejajar dengan misi universiti untuk menjadi pemangkin pembangunan komuniti melalui pengetahuan, teknologi dan inovasi.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan