ARTIKEL

Potensi tiga atlet powerlifting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih powerlifting negara Jamil Adam memberitahu, tiga atlet powerlifting Para Sukma Sarawak berpotensi besar untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan selepas ini.

Atlet terbabit merupakan pemenang pingat emas yang juga pencipta rekod baharu pada temasya Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 iaitu Azlan Mos (54 kilogram), Bryan Junency Gustin (80kg) dan Nicodemus Manggoi Moses (88kg).

“Semua mereka adalah pemenang pingat emas dan berjaya mencipta rekod baharu kejohanan. Justeru, kelebihan tersebut mampu menjadi penanda aras untuk kesemua mereka merebut tempat dalam kem kebangsaan,” ujar Jamil kepada Arena Suara Sarawak.

HEBAT….Jamil Adam (kiri) bersama Bryan Junency Gustin (kanan).

Pada temasya Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 Azlan Mos berjaya mencipta rekod baharu dengan angkatan 150kg.

Manakala, Bryan Junency Gustin berjaya melakukan angkatan terbaik 180kg.

Berbanding Nicodemus Manggoi Moses dengan rekod baharu menerusi angkatan 190kg.

“Kesemua mereka akan menyertai kem latihan di ibu negara pada 21 November ini. Sekiranya berjaya diserap dalam kem kebangsaan, mereka akan menyertai Sukan Para Asia di Kemboja tahun depan,” tambah Jamil.

Selain akan turut serta dalam Kejohanan Powerlifting Dunia yang bakal berlangsung di China pada bulan Ogos 2023.

BERITA LAIN

E-Sukan dapat sambutan

BINTULU: Kejohanan E-Sukan sempena Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 yang berlangsung hari ini (18 Oktober) berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Temasya

BERITA TERBARU