ARTIKEL

Potong elektrik kedai runcit terbabit perjudian haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima buah kedai runcit di sini dipotong bekalan elektrik hari ini kerana didapati terlibat dalam kegiatan perjudian tanpa lesen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata tindakan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dan kakitangan Sesco menerusi Operasi Bersepadu yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah premis itu menjalankan sebarang aktviti perjudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Merbin, dalam tempoh 6 hingga 8 September ini, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah berjaya membuat empat serbuan ke atas premis-premis perjudian.

Katanya siasatan juga telah dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

“Kesemua yang ditahan telah direman dan masih dalam siasatan polis,” katanya.

Anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching bersama kakitangan Sesco memotong bekalan elektrik di premis-premis yang didapati terlibat dalam kegiatan perjudian tanpa lesen.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan