ARTIKEL

PPS berisiko ditenggelami air, jalan utama di Kuantan ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memindahkan lebih 200 mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai di sini ke PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan Mejar (PA) Zahidi Zainudin berkata operasi pemindahan itu, dilaksanakan berikutan PPS asal terpaksa ditutup kerana berisiko ditenggelami air dan bilangan mangsa yang semakin bertambah.

“Operasi berkenaan bermula kira-kira 10 malam dan selesai pada 1 pagi tadi, dengan mangsa dipindahkan menggunakan lori,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata selain APM, agensi lain yang terlibat melaksanakan operasi dalam keadaan hujan berterusan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dan pasukan polis.

Zahidi berkata operasi menyelamat penduduk yang terjejas banjir diteruskan hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup untuk semua jenis kenderaan pada 7 pagi tadi.

Selain itu, setakat 8.30 pagi Jalan RTK Ekonomi dan Jalan Air Hitam di sini turut ditutup untuk semua jenis kenderaan manakala Jalan Sri Damai dan Jalan Samsudin di sini ditutup untuk penggunaan kenderaan ringan.

Menurut aplikasi Infobencana JKM, jumlah mangsa banjir di Pahang semakin meningkat dengan 2,206 mangsa daripada 695 keluarga ditempatkan di 22 PPS di Kuantan, Maran dan Rompin setakat 9.30 pagi berbanding 2,077 mangsa daripada 648 keluarga ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah itu pada 8.30 pagi tadi. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU