BINTULU: Prasarana dan keperluan sekolah di kawasan DUN Tanjong Batu akan terus dinaik taraf bagi memastikan warga sekolah, pelajar termasuk ibu bapa menikmati kemudahan yang lebih sempurna.
ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, beliau komited dalam memastikan fasiliti bangunan dan kemudahan sekolah di kawasan yang diwakilinya dapat berfungsi dengan baik.
Beliau berkata, perkara ini adalah penting untuk memastikan prasarana yang kondusif serta pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan selamat di sekolah.

Tegasnya lagi, memartabat bidang pendidikan akan terus menjadi agenda utama beliau di konstituensi Tanjong Batu yang diwakilinya memandangkan perkara itu merupakan salah satu daripada manifesto beliau semasa pilihan raya negeri ke- 12 yang lalu.
“Salah satu manifesto saya sebagai wakil rakyat adalah untuk memartabat serta menaik taraf aspek pendidikan bagi manfaat seluruh warga Bintulu dan saya akan terus usaha untuk merealisasikan manifesto saya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bintulu Kali ke-29 Sesi 2022-2023, semalam.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.






