ARTIKEL

Abang Johari (tengah) menyempurnakan sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini | Foto: Ramidi Subari

Premier Sarawak Bagi Bayangan Bonus Penjawat Awam Minggu Depan?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka memberikan bonus kepada perkhidmatan awam negeri termasuk beberapa agensi persekutuan.

Bayangan berita gembira itu dinyatakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata pengumuman rasmi akan dibuat dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadual pada minggu depan.

“Ya, saya akan umumkan ini (bonus) dalam Belanjawan Negeri nanti,” katanya ketika berucap sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak sedang bergerak ke arah pembentukan ‘lean government’ bersama perkhidmatan awam Persekutuan melalui kerjasama erat yang telah menyumbang kepada kejayaan pembangunan negeri.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pegawai persekutuan yang berkhidmat di Sarawak. Sumbangan saudara dan saudari dalam sektor pendidikan, kesihatan, kewangan dan penguatkuasaan amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

“Umpamanya dalam sektor pendidikan, ramai pegawai perkhidmatan awam persekutuan telah bekerjasama menyelesaikan isu sekolah daif… begitu juga Jabatan Kesihatan,” katanya.

Menurutnya, walaupun struktur pentadbiran berbeza, matlamat tetap sama iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Perpaduan antara kedua-dua perkhidmatan ini mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar, bersatu dalam kepelbagaian dan sehaluan dalam matlamat,” katanya.

Justeru beliau berkata, kerjasama itu mesti terus diperkukuh melalui komunikasi terbuka, koordinasi yang baik dan saling menghormati bidang kuasa masing-masing agar dapat memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih menyeluruh, efisien dan berkesan di semua peringkat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU