ARTIKEL

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (dua kanan) bersama Pang Sock Tai (tiga kiri) beramah mesra dengan penduduk tempatan pada program tinjauan mesra di Pekan Kuala Kubur Baharu.

PRK KKB: Pengundi mahu wakil rakyat mampu selesai masalah, bangunkan kawasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU SELANGOR: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mahu wakil rakyat yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan itu.

Menurut penduduk, meskipun KKB adalah kawasan luar bandar dan telah melalui beberapa fasa kemajuan, namun kawasan itu terus mendambakan pelbagai perubahan lain dalam pembangunan, pengangkutan dan ekonomi selari dengan pembangunan kawasan lain.

Pekerja swasta, G. Ramesh, 43, berkata walaupun kemudahan yang ada di KKB, termasuk sekolah, hospital, bank serta pejabat kerajaan mencukupi, namun beberapa aspek seperti jalan raya antara yang perlu diberikan tumpuan oleh wakil rakyat yang dipilih nanti.

“Sejak dulu lagi saya lihat jalan menuju ke Rasa (di Batang Kali) berlubang-lubang dan sampai sekarang macam itu dan pernah juga menyebabkan kemalangan.

“Jadi sesiapa yang menang nanti, tolonglah lihat perkara ini,” katanya kepada BERNAMA.
 
Selain itu, beliau juga mahu aspek pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas percuma ditambah baik bagi keselesaan warga emas yang tidak mahir dengan penggunaan teknologi terkini.
 
“Di sini ada bas percuma dan biasanya digunakan oleh warga emas, tetapi ia memerlukan mereka untuk mengimbas kod bar dan sebagainya dan ada yang tidak reti.

Jadi bagi saya perkara sekecil itu seharusnya dipermudahkan untuk penduduk di sini,” katanya. 

Peniaga Ng Soon Boon, 60, pula berharap KKB dapat dibangunkan oleh wakil rakyat baharu sebagai kawasan pelancongan yang mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung, sekali gus dapat membantu peniaga tempatan sepertinya meningkatkan pendapatan. 

“Kalau siapa yang boleh bekerja keras, saya sokong, dan yang saya suka pasal kawasan sini (adalah) orang-orangnya boleh hidup aman dan damai bersama,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Fatin Zyafiqah Abd Manan, 25, pula berkata walaupun KKB telah melalui perubahan, namun agenda pembangunan di kawasan itu tidak seharusnya terhenti.

PRK KKB, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. — BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU