ARTIKEL

PRN Sabah: Pintu masuk ke Istana Seri Kinabalu dikawal ketat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Laluan utama pintu masuk ke Istana Seri Kinabalu di sini malam ini dikawal rapi oleh anggota polis.

Tinjauan Bernama mendapati setiap kenderaan yang melalui pintu utama tersebut akan diperiksa dan hanya yang berada dalam senarai dibenarkan melepasi sekatan.

Petugas media mula berkumpul di luar istana seawal 6 petang bagi membuat liputan perkembangan terkini berikutan tamatnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 5.30 petang tadi.

Cuaca malam ini hujan renyai.

Sementara itu, calon-calon yang bertanding mula berkumpul di markas setiap parti antaranya Barisan Nasional di Bangunan UMNO Sabah manakala Gabungan Rakyat Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Pakatan Harapan pula berkumpul di Hotel Pacific Sutera dengan kehadiran Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud. — BERNAMA

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU