ARTIKEL

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi paling tinggi- SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi  berbanding lima negeri yang melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam iaitu sebanyak 74.79 peratus.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian sebanyak 73.86 peratus,  Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.

“Jumlah peratusan pengundian meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut diadakan serentak dengan PRN di enam negeri itu adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang mencatatkan peratusan pengundian sebanyak 73.34 peratus, katanya.

Abdul Ghani memaklumkan bagi PRN Terengganu, PAS menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Di Kedah, Perikatan Nasional (PN) menawan 33 kerusi daripada 36 kerusi dipertandingkan dan Pakatan Harapan (PH) mendapat tiga kerus manakala di Kelantan, PAS menawan 43 kerusi DUN daripada 45 kerusi, Barisan Nasional (BN) dan PH masing-masing mendapat satu kerusi.

Di Pulau Pinang, PH menang 27 kerusi DUN daripada 40 kerusi manakala di Selangor, PH memenangi 32 kerusi daripada 56 kerusi, PN menang 22 kerusi dan BN mendapat dua kerusi.

Di Negeri Sembilan, PH menang 17 kerusi daripada 36 kerusi, BN mendapat 14 kerusi dan PN mendapat lima kerusi.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata PRK Parlimen Kuala Terengganu pula PAS menawan semula  kerusi itu dengan calonnya Datuk Ahmad Amzad Hashim mengekalkan kemenangan dengan mengalahkan calon PH Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi.

– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU