Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Program Juh Nangga Bola Dun Satok meriah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MERIAH....Datuk Ibrahim Baki (berdiri, tengah) bersama-sama penduduk kawasan DUN Satok pada Program Juh Nangga Bola, malam tadi.

KUCHING: Pelbagai pendekatan diguna pakai bagi menambah kemeriahan bahang kempen Piala Dunia 2022.

Jika ada kalangan peminat bersantai bersama-sama rakan taulan mahupun keluarga menyaksikan setiap perlawanan membabitkan pasukan pilihan masing-masing.

Berbeza pula pendekatan dilakukan oleh Kelab Sukan Komuniti Satok dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N.8 Satok yang menganjurkan program ‘Juh Nangga Bola’ di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS.

MERIAH….Datuk Ibrahim Baki (berdiri, tengah) bersama-sama penduduk kawasan DUN Satok pada Program Juh Nangga Bola, malam tadi.

Program santai tersebut menghimpunkan golongan belia, remaja di kawasan terbabit untuk menyaksikan salah satu perlawanan kelompok 16, antara Morocco dan Sepanyol malam tadi.

Menurut Adun Satok Datuk Ibrahim Baki, penganjuran program ini amat bertepatan sekali sempena berlangsungnya Piala Dunia 2022.

“Saya percaya ketika ini semua peminat bola tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan yang diminati,” ujarnya ketika mengulas mengenai program terbabit.

Katanya, meskipun kempen Piala Dunia 2022 semakin menghampiri kemuncaknya, namun bahang saingan masih terus kekal menyelubungi sanubari peminat pelbagai lapisan peringkat umur.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Satok, Irwan Zulkarnain Hasbi serta beberapa jemputan lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru