ARTIKEL

Suasana Program ‘Juh Ngambal’.

Program ‘Juh Ngambal’ perkasa tradisi masyarakat pesisir pantai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program ‘Juh Ngambal’ bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda mempelajari kaedah ‘mengambal’ dengan betul, malah menjadi platform mengekalkan tradisi masyarakat pesisir pantai agar tidak dilupakan seiring peredaran masa.

Menurut kenyataan, program yang dianjurkan dengan kerjasama Pergerakan Belia Cawangan N.4 Pantai Damai dan Jawatankuasa Ketua Kaum (JKKK) Kampung Buntal itu turut diserikan dengan aktiviti sampingan mewarna terendak daun nipah.

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan golongan belia.

“Aktiviti mewarna terendak daun nipah itu turut memperkenalkan seni kraftangan tradisional kepada generasi muda dalam suasana santai dan menyeronokkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Program seperti ini merupakan usaha berterusan untuk memelihara tradisi serta memperkasa penglibatan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan,” jelasnya.

Suasana Program ‘Juh Ngambal’.
Sesi mewarna terendak daun nipah.
Sesi mewarna terendak daun nipah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU