ARTIKEL

PROGRAM KOMUNITI yang ditunggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROGRAM Jangkauan Komuniti atau lebih dikenali sebagai Program Outreach sangat membantu penduduk terutama bagi mereka yang berada di pedalaman.

Usaha melakukan program ini di kawasan kampung sangat memberi manfaat kepada penduduk terutama yang berkaitan dengan kesihatan.

Kita sering mendengar program jangkauan komuniti seperti saringan kesihatan, pemeriksaan mata dan juga pemeriksaan kanser di kampung yang jauh daripada kawasan bandar.

Tidak dinafikan, program ini mendapat respons positif penduduk kampung kerana kebanyakan mereka tidak mampu dan mempunyai kekangan tertentu untuk mendapatkan rawatan di hospital besar.

Ini memberi peluang kepada penduduk kampung yang memeriksa kesihatan terutama mereka yang tidak mempunyai kenderaan, masalah kewangan, mempunyai masalah untuk menjaga anak kecil dan sebagainya.

Dari segi kenderaan, tentu ia memerlukan kos kerana perjalanan ke hospital besar mengambil masa yang lama kerana perlu keluar dari Mukah dan pergi ke daerah lain seperti Bintulu dan Sibu.

Ada juga antara penduduk kampung yang masih menggunakan pengangkutan air sebagai pengangkutan utama mereka menyeberangi sungai sebelum ke hospital dan ini tentunya mengambil masa yang lama dan banyak perkara yang perlu dilakukan.

Jadi, dengan adanya program sebegini, ia membantu memudahkan penduduk kampung terutama mereka yang berada di Mukah tanpa perlu ke hospital besar seperti Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

PENDEDAHAN

Pada masa yang sama, ia juga memberi pendedahan kepada penduduk kampung yang tidak mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara.

Contohnya, berkaitan pemeriksaan mata yang dilakukan di Kampung Sesok, baru-baru ini, ia mendapat sambutan menggalakkan penduduk kampung.

Ia bukan sahaja disertai penduduk kampung Sesok, malah kampung berdekatan turut mengambil peluang ini melakukan pemeriksaan mata serta saringan kesihatan lain.

Bagi penduduk kampung yang kurang mempunyai masa dan jarang melakukan pemeriksaan kesihatan, program sebegini sememangnya antara yang dinanti-nanti.

Melihat kepada keberkesanan program jangkauan komuniti untuk kesihatan ini, saya berpendapat program jangkauan komuniti berkaitan Internet juga perlu dilakukan secara berperingkat hari demi hari seiring hasrat menjadikan Sarawak maju menjelang 2030.

Namun, perkara pertama yang perlu ada di sesebuah kawasan ialah akses Internet.

Adanya akses Internet ini membantu masyarakat lebih mahir mempelajari teknologi terutama dalam bidang ekonomi digital.

MAKLUMAT

Masih ada antara kawasan di Mukah yang tidak mempunyai akses Internet dan ini menyukarkan mereka mendapat maklumat dengan pantas seperti yang diuaruarkan di media sosial.

Oleh itu, pemimpin di sesebuah kawasan perlu aktif mencari penyelesaian dan mengatasi masalah ini.

Pemimpin di peringkat akar umbi juga perlu sentiasa mendengar masalah rakyat untuk disampaikan kepada wakil rakyat kawasan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk kampung hendaklah sentiasa melaporkan kepada pemimpin kawasan mereka supaya pemimpin dapat mengetahui masalah yang dihadapi dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Dengan adanya usaha daripada semua pihak, kawasan tersebut tentunya dalam keadaan harmoni dan sentiasa mendapat maklumat penting daripada pihak yang tertentu terutama berkaitan pembangunan di sesebuah kawasan.

Saya percaya, dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak, banyak perkara dapat dianjurkan dan dibangunkan di sesebuah kawasan terutama untuk kesejahteraan penduduk kampung itu sendiri.

Justeru, lebih baik program jangkauan komuniti seperti saringan kesihatan dan sebagainya sentiasa dilakukan di kawasan yang jauh daripada hospital besar kerana ia memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung yang mempunyai masalah untuk melakukan pemeriksaan terutamanya.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU