ARTIKEL

Program Senator Sekolah Tenpin Boling lahir ramai pelapis muda Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Senator Sekolah Tenpin Boling yang julung kali diadakan di Sarawak diharap mampu menjadi medium penting bagi meningkatkan pencapaian Tenpin Boling Sarawak.

Senator Negara Datuk Ahmad Ibrahim berkata, program bermula daripada akar umbi itu akan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah khususnya di kawasan pinggir bandar untuk mengetahui tentang sukan Tenpin boling.

“Ini merupakan program baharu yang kita cadangkan kepada Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS) dan pihak ABAS telah berbesar hati untuk menerima cabaran tersebut demi memajukan sukan tenpin boling.

MERIAH…. Senator Negara Datuk Ahmad Ibrahim (tengah) bersama pelajar-pelajar sekolah dalam program Senator Sekolah Tenpin Boling di Megalanes Sarawak Emart Batu Kawa.

“Ideanya tercetus kerana sebagai ibu bapa kerisauan kita adalah khuatir anak-anak meluangkan masa lapang mereka dengan aktiviti tidak berfaedah.

“Jadi dengan pendedahan sukan boling, sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti sukan selain bola sepak dan sebagainya. Hal ini kerana sukan boling tidak memilih umur, saiz badan serta fasiliti keselamatannya adalah selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program terbabit di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa hari ini.

BERCAKAP… Datuk Ahmad Ibrahim (tengah) bercakap pada sidang media Program Senator Sekolah Tenpin Boling.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan program kali pertama itu hanya melibatkan sekolah di bahagian Kuching dan berharap dapat melebarkannya ke kawasan Sibu, Bintulu dan juga Miri pada masa akan datang.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif SSC Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, pihaknya menerima baik program tersebut di samping mengakui program memberi peluang pendedahan lebih banyak kepada pelajar khasnya di kawasan luar dan pinggir bandar.

Program menerusi peruntukan berjumlah RM36,000 hasil sumbangan senator itu dianjurkan oleh pihak ABAS dengan kerjasama daripada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Program tersebut menyaksikan seramai lebih 100 pelajar dari tujuh buah sekolah di bahagian Kuching menyertai acara yang berlangsung di Pusat  Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa.

Tujuh buah sekolah yang menyertai ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sg Tapang, Sekolah Kebangsaan (SK) Garland, Sk Paya Mebi, Sk Landeh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa, SMK Matang Jaya, SMK Matang Hilir serta ibu bapa.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk