NGEMAH: Projek Baik Pulih Rumah Panjang Rumah Panjang Thomas Balang di Nanga Ngungun, Kanowit, dilaksanakan dengan bajet berjumlah RM80,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana, berkata projek tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian (DID) Bahagian Sibu.
Menurut Anyi, projek baik pulih rumah panjang itu merupakan projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Ngemah bagi tahun 2023.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek RTP Baik Pulih Rumah Panjang Thomas Balang, Nanga Ngungun, Kanowit pada Rabu.
Pada majlis yang sama, ADUN Ngemah itu telah meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2024 berjumlah RM63,000 yang disumbangkan kepada 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hadir.
Sementara itu, JKKK Rumah Thomas Balang telah mendapat kelulusan geran MRP berjumlah RM8,000, manakala RM5,000 diagihkan bagi setiap daripada 11 buah JKKK lain yang hadir.
Hadir sama pada program itu, Pegawai UKAS Bahagian Sibu, Jelani Ajang, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit, Sarjan Mohd Syafik, wakil Majlis Daerah Kanowit, Kaunselor Mutang Karani, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Ngemah, Ramba Resang, dan tetamu lain. – EDISI UKAS







