ARTIKEL

Uggah meninjau perkembangan Projek Jambatan Batang Lupar 1 (Pakej D2B) serta jajaran Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) di Sebuyau, hari ini. Foto: JKR Sarawak

Projek mega Sarawak: Infrastruktur moden untuk rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Jambatan Batang Lupar 1 (Pakej D2B) kini mencapai tahap 93.70 peratus siap, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Projek bernilai RM848,745,087 itu diyakini dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan pada Mei tahun depan.

“Ia bakal menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pertanian, perumahan, dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Dengan terlaksananya projek ini kelak, ia dijangka bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan feri, malah menjadi pemangkin transformasi ekonomi bagi kawasan Sebuyau dan sekitarnya,” menurut kenyataan JKR Sarawak.
Lawatan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi meninjau perkembangan projek itu serta jajaran Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) di Sebuyau dimulakan dengan taklimat teknikal mengenai projek yang menghubungkan Sebuyau ke Lingga.

Projek mega ini merupakan antara komponen penting dalam memastikan akses jalan raya yang lebih selamat, lancar, dan efisien bagi penduduk setempat serta kawasan pesisir.

Sehubungan itu, Uggah menekankan bahawa pelaksanaan projek perlu dipantau dengan teliti agar menepati jadual, kualiti, dan piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa projek berimpak tinggi seperti ini sejajar dengan agenda pembangunan negeri ke arah Sarawak Maju Makmur serta komitmen kerajaan menyediakan infrastruktur moden dan mampan untuk rakyat.

Projek Jambatan Batang Lupar 1 (Pakej D2B) yang kini dalam pelaksanaan telah mencapai tahap 93.70 peratus siap. Foto: JKR Sarawak

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan