ARTIKEL

LAWAT… Royston melawat projek siap naik taraf Dewan Berbumbung Terbuka SK SLDB No. 1, Jalan Mukah-Selangau, hari ini.

Projek naik taraf dewan beri kemudahan lebih selesa warga sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek menaik taraf Dewan Berbumbung Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) SLDB No. 1, Jalan Mukah-Selangau, bernilai RM380,000 kini siap sepenuhnya, sekali gus menyediakan kemudahan lebih selesa untuk kegunaan warga sekolah dan komuniti setempat.

Kemudahan berkenaan dijangka memberi manfaat khususnya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan, kokurikulum dan kemasyarakatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata kemudahan yang lebih selesa dan bersesuaian penting bagi menyokong pelaksanaan aktiviti sekolah, selain menyediakan ruang untuk program yang membabitkan murid, guru, ibu bapa serta masyarakat sekitar.

“Saya berharap kemudahan yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh warga sekolah dan penduduk sekitar.

“Ini terutama kepada pihak PIBG untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Kemudahan ini bukan sahaja dapat digunakan bagi perhimpunan rasmi dan aktiviti kokurikulum, malah sesuai untuk penganjuran program PIBG, majlis rasmi serta kegiatan yang melibatkan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada sesi serah siap projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah kepada wakil Guru Besar SK SLDB No. 1, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Royston turut menzahirkan penghargaan kepada JKR Bahagian Mukah, pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah, kontraktor serta semua pihak yang terlibat sehingga projek berkenaan dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak sekolah.

Tambahnya, kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak sekolah dan komuniti amat penting dalam memastikan prasarana pendidikan sentiasa berada dalam keadaan baik serta dapat digunakan secara optimum.

RAKAM KENANGAN… Royston menyaksikan penyerahan projek siap daripada JKR Bahagian Mukah kepada pihak sekolah berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan