ARTIKEL

Projek pembinaan baharu SK Orang Kaya Muda Pakeri dijangka mula tender Januari depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Tender projek pembinaan baharu SK Orang Kaya Muda Pakeri dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya Januari tahun depan, manakala kontraktor projek itu akan dilantik pada April tahun sama.

Perkembangan itu dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak ketika lawatan kerja Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah ke sekolah berkenaan, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab berkata, lawatan itu memberi peluang kepada pihak berkaitan melihat sendiri keadaan bangunan lama sekolah yang sudah uzur.

Katanya, bangunan berkenaan juga sudah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan oleh JKR Sarawak, sekali gus memerlukan tindakan segera demi keselamatan murid dan warga sekolah.

“Rombongan dibawa meninjau tapak bangunan lama sekolah bagi melihat sendiri keadaan fizikal bangunan yang sudah mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam lawatan berkenaan, Mohd Shahar turut menyampaikan amanat sebelum menerima taklimat JKR Sarawak berkaitan perancangan serta perkembangan projek pembinaan sekolah baharu itu.

Yusuf yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berharap proses berkaitan dapat berjalan lancar supaya projek berkenaan dapat direalisasikan mengikut jadual.

“Keadaan bangunan yang uzur perlu ditangani segera bagi memastikan murid, guru dan warga sekolah dapat menjalankan aktiviti harian dalam keadaan lebih selamat dan selesa,” katanya.

BERITA LAIN

Jurutera Sarawak digesa tumpu tiga aspek penting

KUCHING: Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak digesa memberi tumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu mengekalkan standard profesionalisme, melahirkan generasi jurutera masa depan dan menyumbang

BERITA TERBARU