ARTIKEL

Proses berfikir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»BUKU ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan Iman sejak 2012.

Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK

Buku ini mengajar saya untuk bertindak dahulu sebelum memikirkan apa-apa keputusan kerana sesuatu keputusan itu tidak dapat dicapaikan tanpa tindakan.

Penulis juga mengupas seni berfikir dalam membuat keputusan melalui sudut pandang agama berserta hujahan dari dua sumber utama iaitu al-Quran dan sunah. Ulasan buku ini menggambarkan realiti kehidupan yang semakin dewasa.

Keputusan besar seperti bidang pengajian, pekerjaan dan pasangan hidup menjadi cabaran yang kompleks.

Rasa ragu sering kali menghantui, namun penting mengatasi ketakutan tersebut dengan kemahiran berfikir yang efektif dan keberanian menetapkan keputusan.

Keselarasan antara keduadua faktor tersebut diperlukan dalam proses membuat keputusan mencapai arah perjalanan kehidupan yang diinginkan.

PENYESUAIAN

Buku ini menyoroti pentingnya pemilihan kepakaran yang relevan dalam menghadapi transformasi digital pascapandemik.

Dalam tajuk kecilnya iaitu Memilih Kepakaran yang Relevan Tempoh pandemik, ditekankan bahawa teknologi, khususnya dalam bidang teknologi digital, pemasaran digital dan e-dagang, menjadi keutamaan.

Pemikiran tentang teknologi menggantikan pekerjaan manual, menekankan perlunya penyesuaian dalam menghadapi perubahan ini.

Buku ini memberikan langkah yang baik tentang pentingnya pengembangan diri dan pemilihan bidang pembelajaran sesuai dengan tuntutan pasar kerja masa depan.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan