ARTIKEL

RERUAI… Nancy mengadakan lawatan reruai agensi pada Program Advokasi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

PRS Jadi Mata Dan Telinga Di Sekolah, Lindungi Rakan Sebaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 1,443 kes melibatkan kanak-kanak direkodkan di Sarawak bagi 2024, sekali gus membuktikan golongan ini masih berdepan ancaman serius daripada pelbagai bentuk risiko sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, angka berkenaan bukan sekadar statistik tetapi realiti getir yang menuntut perhatian semua pihak.

RERUAI… Nancy mengadakan lawatan reruai agensi pada Program Advokasi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 574 kes membabitkan pemeliharaan dan perlindungan, manakala 364 kes kehamilan luar nikah, 306 kes jenayah, 53 kes kanak-kanak tidak terkawal serta 36 kes perlindungan segera.

“Setiap angka ini ialah seorang kanak-kanak. Mereka tidak boleh dibiarkan sendirian.

RAKAM KENANGAN… Nancy merakam kenangan bersama-sama barisan kenamaan dan wakil agensi.

Kita wajib melihat ini sebagai pelaburan kepada masa depan negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) peringkat Sarawak, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.

Nancy menegaskan, PRS berperanan sebagai mata dan telinga di sekolah, sekali gus menjadi benteng awal dalam mengesan serta melindungi rakan sebaya daripada penderaan, pengabaian dan tekanan emosi.

Katanya, peranan PRS amat penting kerana mereka lebih dekat dengan rakan sebaya berbanding orang dewasa, sekali gus berupaya menjadi saluran awal untuk meluahkan masalah dan mendapatkan perlindungan.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes buli yang semakin ketara di sekolah dan universiti.

“Buli boleh meninggalkan trauma seumur hidup, mengundang kemurungan, hilang keyakinan diri, malah mendorong kepada cubaan bunuh diri. Ini bukan lagi isu terpencil,” tegasnya.

Melalui program advokasi bersama PRS, Nancy berkata pelajar dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berani bersuara, melaporkan kes buli serta bertindak secara betul dan beretika.

Kerjasama kementeriannya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan PRS ini juga bertujuan memperkasa pelajar menghadapi cabaran dunia digital termasuk buli siber, ketagihan gajet dan maklumat palsu.

Nancy dalam pada itu mengingatkan orang ramai supaya tidak berdiam diri sekiranya berdepan kes penderaan atau buli.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU