ARTIKEL

PRTDI sambut baik naik taraf D’Arena Datuk Rubiah Wang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Penduduk Taman Desa Ilmu bakal menikmati kemudahan dewan yang lebih selesa dan selamat menerusi kerja naik taraf D’Arena Datuk Rubiah Wang yang diperuntukkan kira-kira RM300,000.

Pengerusi Pertubuhan Rekreasi Taman Desa Ilmu (PRTDI), Borhan Silly berkata, kerja naik taraf itu merangkumi pembinaan pagar serta sebuah bangunan tambahan di bahagian belakang bagi menempatkan kemudahan sokongan dan urusan pengurusan.

Penambahbaikan itu penting bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna, selain melancarkan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti komuniti.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Komuniti Sukan dan Rekreasi Taman Desa Ilmu bertemakan ‘Bersama Aktif, Komuniti Progresif’ di D’Arena Datuk Rubiah Wang, Lorong 14, Taman Desa Ilmu, di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang memaklumkan projek naik taraf dewan berkenaan akan dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Borhan berkata, dewan itu bukan sekadar lokasi untuk mengadakan majlis dan pertandingan, malah menjadi pusat pertemuan penduduk bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Dalam pada itu, program sukan dan rekreasi yang berlangsung selama dua hari itu turut menampilkan pelbagai pertandingan, antaranya badminton, karom, dart dan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends.

Penganjuran program itu bukan sekadar untuk merebut kemenangan, sebaliknya menjadi platform bagi penduduk berinteraksi, berkenalan dan mengeratkan hubungan kejiranan.

Beliau turut berharap program seumpama itu dapat merapatkan hubungan antara masyarakat dengan barisan kepimpinan serta pentadbiran kerajaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sebangkoi diwartakan Rizab Alam Semula Jadi

SARIKEI: Taman Rekreasi Sebangkoi menerima nafas baharu apabila kawasan itu bakal diwartakan sebagai Rizab Alam Semula Jadi oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam masa terdekat.