ARTIKEL

Wanita PBB perlu kuasai maklumat tepat hadapi PRU Sarawak ke-13 – Hasidah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu menguasai maklumat mengenai dasar, hala tuju serta inisiatif kerajaan Sarawak bagi memastikan mereka mampu menyampaikannya dengan tepat kepada masyarakat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13.

Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, usaha memperkasakan jentera di peringkat akar umbi itu menjadi antara matlamat utama pelaksanaan program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program SKE 3.0 menegaskan, program berkenaan turut bertujuan mendekati masyarakat dan memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat.

“SKE 3.0 juga menjadi platform mempersiapkan jentera wanita menghadapi pilihan raya, khususnya dalam usaha membantu GPS memperoleh kemenangan besar di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Zon Kuching yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Fadillah Yusof di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Hasidah memberitahu, program itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai peraturan dan perkara yang perlu serta tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh kempen dan pada hari pengundian, selain perkembangan senario politik serta inisiatif Premier Sarawak.

Tambahnya, dua sesi perkongsian ilmu itu disampaikan oleh Setiausaha Pergerakan Wanita PBB, Datuk Susan Chemerayan Andin dan Dr Dayang Fifi, sebagai persediaan kepada jentera untuk turun padang dengan lebih yakin dan berkesan.

Katanya lagi, pelaksanaan SKE sejak 2020 diteruskan secara berperingkat di beberapa kawasan, termasuk Bukit Saban pada Januari 2026 yang melibatkan 540 peserta, Zon Tengah di Sibu pada Ogos dengan penyertaan 24 cawangan serta Miri pada Oktober yang melibatkan enam cawangan.

Program di Zon Kuching kali ini pula menghimpunkan jentera daripada 12 cawangan Pergerakan Wanita PBB.

Justeru, Hasidah berharap pendedahan dan persediaan yang diberikan menerusi program itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera wanita untuk menggerakkan kempen serta memastikan kemenangan besar GPS pada PRU Sarawak ke-13.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sebangkoi diwartakan Rizab Alam Semula Jadi

SARIKEI: Taman Rekreasi Sebangkoi menerima nafas baharu apabila kawasan itu bakal diwartakan sebagai Rizab Alam Semula Jadi oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam masa terdekat.

Sokongan mesti jadi undi

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memastikan sokongan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterjemahkan kepada undi pada Pilihan Raya Umum (PRU)