ARTIKEL

REBUT...Penyerang import Kuching City, Keanu Marqheal Marsh (kanan) cuba melarikan bola sambil disaing pertahanan Sabah FC. - FOTO KC FC

Piala Sabah Maju Jaya 2024: Kuching City FC, Sabah FC sama handal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC berjaya menyekat tuan rumah, Sabah FC daripada beroleh kemenangan apabila sekadar seri tanpa jaringan pada aksi ketiga Kejohanan Bola Sepak, Piala Sabah Maju Jaya 2024 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ia menyaksikan City Boys menghuni tangga ketiga dengan empat mata setelah mencatat satu kemenangan, sekali seri dan sekali kalah.

Berbanding, Sabah FC di kedudukan kedua berkelebihan satu mata (lima mata) dengan mencatat satu kemenangan dan dua kali seri.

Sakali gus, memastikan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak membuat perhitungan untuk perebutan tempat ketiga dan keempat menentang kelab dari Singapura, Hougang United.

Perlawanan kedua-dua pasukan terbabit berlangsung petang esok di gelanggang sama (Stadium Likas).

“Ia perkembangan positif bagi pemain yang memperlihat peningkatan selepas tiga perlawanan,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Aidil, beliau tidak melihat keputusan pada setiap perlawanan sebaliknya menilai prestasi semasa yang dipamer para pemain.

“Apa yang pasti, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki selepas ini.

“Perkara tersebut diperhalusi sebaik pemain kembali menjalani latihan di Kuching nanti,” tambah Aidil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan