ARTIKEL

Puluhan cedera dalam insiden gelora udara penerbangan Air Europa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan dari Sepanyol ke Uruguay pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Air Europa.

Menurut hantaran syarikat penerbangan itu di platform media sosial X, pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Brazil.

Penerbangan itu, yang dalam perjalanan dari Madrid ke Montevideo, membawa 325 penumpang.

Laman berita G1 melaporkan beberapa penumpang mengalami patah tulang dan yang lain terhantuk kepala semasa turbulensi.

Pada Mei lepas, seorang maut dan lebih 30 lagi cedera dalam insiden gelora udara teruk semasa penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

DBKU percepat kelulusan lesen kepada 32 jam

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya mempercepat proses kelulusan lesen perniagaan kritikal daripada 150 hari kepada 32 jam, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Platinum