Pupuk minat dunia robotik

SAMARAHAN: Lapan kumpulan sekolah rendah dan menengah di Kuching dan Samarahan turut serta dalam pertandingan National MakeX Robotics dan Mini MakeX Robotic Peringkat Negeri diadakan pada 24 dan 25 Julai di UiTM Samarahan.

Menurut Timbalan Rektor Penyelidikkan dan Jaringan Industri Uitm Dr. Abang Zainoren Abdurahman berkata, tujuan utama penganjuran pertandingan ini untuk memupuk minat pelajar pelbagai peringkat untuk menceburi diri dalam bidang pendidikan robotik dan Stream.

“Pelajar didedahkan mengenai bidang pengaturcaraan, perkakasan elektronik dan peralatan mekanikal.

“Pelajar juga berpeluang membina kefahaman tentang sistem automasi, mekatonik dan robotik sekali gus melatih bersikap kompetensi dan berkemahiran tinggi dalam Stream,” katanya.

Senior Eksekutif STEM Education Telaga Biru Muhammad Norsaiful Abd Rahim bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak Dr Mohammad Isa Mohamadin melawat ke setiap meja untuk melihat hasil rekabentuk robot.

Jelasnya, pendedahan ini dapat melahirkan pelajar berfikiran kreatif dan inovatif di samping dapat mengasah bakat seiring Revolusi Industri 4.0.

“Malah ia dapat membuka peluang mereka ke program aras tinggi pelbagai peringkat dan membawa nama Malaysia dalam bidang Stream,”ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mengatakan bahawa pihak UiTM memainkan peranan penting memberi sokongan pembangunan pendidik STEM menerusi pelbagai program yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Inisiatif STEM UiTM sebelum ini.

‘’Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan UiTM dalam penganjuran dan penglibatan 13 program sepanjang 2018,” katanya.

REKAAN… Reka bentuk robot yang san- gat menarik dibuat dalam masa dua hari sahaja.

Suara Sarawak