ARTIKEL

Pupuk semangat kekeluargaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Program Hari Keluarga IKRAM Kota Samarahan 2026 yang berlangsung pada 5 Julai lalu berjaya menghimpunkan kira-kira 40 peserta, termasuk kanak-kanak, bagi mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kekeluargaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli dan keluarga.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Yang Dipertua Kawasan (YDPK) IKRAM Kota Samarahan, Abg Mohd Shukri, yang menekankan kepentingan memupuk ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam institusi keluarga serta komuniti.

Acara diteruskan dengan sesi taaruf yang memberi peluang kepada para peserta untuk saling mengenali sebelum menyertai pelbagai aktiviti yang disusun.

Antara aktiviti diadakan ialah bola sepak pantai bagi peserta lelaki, manakala peserta wanita menyertai permainan bola beracun.

Kanak-kanak pula memeriahkan program menerusi aktiviti menarik bola menggunakan gelung rotan yang berjaya menceriakan suasana di samping menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka.

Program tersebut berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan penuh kemesraan, sekali gus mencapai objektif penganjurannya untuk mengukuhkan hubungan antara ahli IKRAM Kota Samarahan dengan keluarga masing-masing.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli, peserta, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan, dengan harapan semangat ukhuwah dan kebersamaan yang terjalin akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU