ARTIKEL

Pusat hiburan beroperasi lebih masa, sembilan individu ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan sembilan individu selepas sebuah pusat hiburan di Jalan Canna diserbu susulan menjalankan operasi perniagaan melebihi masa dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 9.15 pagi hasil risikan dan pemeriksaan rutin terhadap premis hiburan tersebut.

“Ketika pemeriksaan dibuat, premis berkenaan masih menerima kehadiran pelanggan walaupun waktu operasi lesen telah tamat, mendorong polis mengambil tindakan serta-merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Alexson, seramai empat lelaki dan tiga wanita tempatan selain dua wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil semakan katanya, dua wanita warga asing itu disyaki berada di negara ini tanpa mematuhi syarat imigresen dan ditahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Sementara itu, pemilik pusat hiburan tersebut juga disiasat kerana menjalankan operasi melebihi masa yang dibenarkan walaupun mempunyai lesen hiburan sah.

“Kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 yang memperuntukkan tindakan terhadap premis hiburan yang melanggar syarat lesen.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut sementara siasatan menyeluruh diteruskan terhadap operasi premis terbabit,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan