ARTIKEL

Johan Qari bagi Kategori Tilawah Al-Quran, Muhammad Husaini Mahmur, dan Johan Qariah, Nor Hidayah Abdul Rahman, bergambar bersama piala yang dimenangi mereka pada Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.

Qari, Qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 semalam.

Muhammad Husaini Mahmur diumumkan sebagai pemenang dalam kategori qari selepas meraih markah 95.71 peratus.

Abdur Rasheed dari Pakistan mendapat tempat kedua (93.59 peratus) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09).

Bagi kategori qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mencatatkan markah 91.76 peratus.

Beliau diikuti peserta Filipina, Raihana Ambangala, di tempat kedua (90.26 peratus) manakala Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat ketiga (89.46).

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori qari manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bagi kategori qariah.

Kategori hafazan lelaki pula menyaksikan Oubaydullah Boubacar Ango dari Niger muncul johan dengan markah 97.63 peratus.

Beliau diikuti Ibrahim Sow dari Ivory Coast (97.00 peratus) dan tempat ketiga Aeimiddin Farkhudinov dari Rusia (96.88).

Peserta Niger, Habsatou Hamissou Boubacar, muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.13 peratus diikuti Putri Aminah Mohd Hanif dari Malaysia di tempat kedua (94.89 peratus).

Tempat ketiga dimenangi Fathimah Shaya Zahir dari Maldives (94.38).

Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 daripada kerajaan.

Mereka juga menerima kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selain menerima hadiah iringan dan sijil.

MTQHA ke-64 anjuran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menampilkan 92 peserta dari 71 negara, terdiri daripada 53 bagi tilawah dan 39 hafazan.

Seramai 15 hakim dari pelbagai negara terlibat dalam MTQHA kali ini.

Ia mengekalkan beberapa hakim, iaitu dari Maghribi dan Turkiye, selain muka baharu dari Arab Saudi dan Indonesia.

Proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan, khususnya bagi peserta hafazan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan