ARTIKEL

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ziarah Makam Tunku Abdul Jalil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU:Doa dan kasih seorang ibu tiada penghujung. Itulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan momen ketika Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan berangkat menziarahi makam anakanda tercinta, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di sini. 

Ziarah itu sempena ulang tahun keputeraan Almarhum Tunku Abdul Jalil pada 5 Julai.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tiba di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pada 3 petang.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukkan Raja Permaisuri Agong menyiram air mawar di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Bacaan Surah Yasin dan tahlil turut diadakan untuk Almarhum.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan putera keempat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Baginda mangkat pada 5 Dis 2015 akibat penyakit kanser ketika berusia 25 tahun, dan dikenang sebagai seorang yang berdedikasi serta disayangi rakyat, khususnya melalui sumbangan dalam bidang kesukarelawanan.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya