ARTIKEL

FOKUS... Sebahagian peserta yang menyertai bengkel HOPE, baru-baru ini.

Rakan Sarawak Destiny Movers: Perluas inisiatif kesihatan mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan bengkel kesihatan mental Rakan Sarawak Destiny Movers (RSDM) di Bintulu dan Miri membuka laluan kepada peluasan program bagi memperkasakan komuniti menangani isu kesejahteraan mental.

Menurut kenyataan RSDM semalam, susulan sambutan menggalakkan, penganjuran bengkel yang menggabungkan kesedaran kesihatan mental bersama kemahiran praktikal dan pembelajaran berasaskan pengalaman akan diperluas.

“Inisiatif itu dilihat mampu memberi impak positif kepada komuniti apabila peserta bukan sahaja didedahkan kepada pengetahuan asas kesihatan mental, malah dilatih untuk menjadi individu yang peka terhadap tanda awal tekanan dalam kalangan orang sekeliling,” kata kenyataan itu.

Bengkel di Bintulu bertemakan ‘Unmask the Mind to Thrive and Flourish’ berjaya menarik lebih 90 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, institut teknikal dan universiti.

Sepanjang program, peserta diperkenalkan dengan alat praktikal seperti model ALEC (Ask, Listen, Encourage, Checkin), teknik pembumian serta kemahiran literasi emosi.

Di Miri, Bengkel HOPE turut mencatat kejayaan apabila menerima maklum balas positif daripada peserta yang menghargai pendekatan fasilitator yang jelas, inklusif dan memberi inspirasi.

Dalam masa sama, peserta turut mencadangkan agar lebih banyak aktiviti interaktif diperkenalkan dalam sesi akan datang.

Hasil tinjauan mendapati lebih 90 peratus peserta menunjukkan peningkatan keyakinan diri, selain memperoleh strategi mengatasi tekanan yang lebih praktikal serta dorongan untuk membina persekitaran selamat dari segi psikologi.

Melalui bengkel ini, peserta juga dilatih menjadi responden pertama komuniti, iaitu individu yang mampu mengenal pasti tanda awal tekanan mental dan memberikan sokongan awal sebelum mendapatkan bantuan profesional.

Pendekatan inklusif yang menggabungkan penceritaan, refleksi berasaskan seni serta latihan interaktif seperti Flip the Script dan Safety Net Web turut memastikan kandungan bengkel relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia, keluarga dan golongan profesional.

“Kejayaan penganjuran bengkel ini turut didorong oleh sokongan institusi tempatan, penaja dan fasilitator yang komited dalam usaha mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental di Sarawak.

“Seiring perkembangan itu, bengkel RSDM akan datang dijangka menampilkan modul baharu dengan penerokaan topik lebih mendalam, termasuk isu sensitif serta peluang lebih luas untuk peserta berhubung, belajar dan memimpin inisiatif komuniti,” tambahnya.

Dalam usaha memperkukuh impak program, Majalah RSDM juga bakal diterbitkan sebagai sumber rujukan berterusan.

Majalah tersebut akan menghimpunkan pandangan, alat bantu, ulasan buku serta temu bual eksklusif merangkumi pelbagai topik seperti neurodiversiti di tempat kerja, kebersihan digital dan kesihatan mental luar bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di