ARTIKEL

Rakyat Indonesia diculik Abu Sayyaf diselamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Seorang lagi rakyat Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di Sabah pada Januari tahun lalu, berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina semalam.

Mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun, hanya didedahkan namanya sebagai ‘MK’, diselamatkan di Pulau Kalupag dalam satu operasi pasukan pihak berkuasa Filipina, susulan tiga rakyat Indonesia yang diselamatkan pada Khamis lalu.

Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan menyatakan, kempat-empat mereka yang berasal dari Wakatobi, Sulawesi Tenggara, dilaporkan sihat dan dalam proses untuk dihantar pulang ke Indonesia.

Petang Khamis lalu, operasi menyelamat dilakukan di perairan Tawi-Tawi, ketika bot yang digunakan kumpulan itu (Abu Sayyaf) yang membawa tiga rakyat Indonesia berkenaan, terbalik akibat dipukul ombak.

Mereka (tebusan) cuba dipindahkan kumpulan itu dari Indanan, Sulu, ke tempat lain selepas terdapat operasi bersepadu pasukan keselamatan Filipina.

Semua mangsa (termasuk yang terbaharu) dibawa ke Zamboanga, Filipina dan akan diterbangkan ke Manila, untuk proses penghantaran pulang ke Indonesia.

Pada 16 Januari tahun lalu, lima nelayan warga Indonesia yang bekerja di bot nelayan Malaysia, diculik kumpulan berkenaan ketika berada di perairan Tambisan, Sabah, Malaysia.

Seorang lagi mangsa culik, La Baa, 32 tahun, ditemukan mati dibunuh pada 28 September 2020, di Patikul, Sulu, Filipina.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau